Friday, April 30, 2010

Tak fair and lovely betul lah. *cakap dengan nada yang marah and buat muka tak puas hati tapi tetap comel. :p

Tahun ni aku bukan lagi pelajar sekolah. *cakap dengan muka yang bangga sampai boleh nampak bulu hidung. :p Sepanjang hidup aku bersekolah, aku bersekolah di 7buah sekolah. 2buah untuk tadika.

Mula-mula aku sekolah tadika dekat sekolah tadika cina. Tapi tahan 5 bulan jea. Sebab dekat sana aku takda kawan. I'm not a racist tapi aku pemalu lah. Sebab dahlah aku masuk sekolah tu lambat. Then aku tengok semua macam dah ada click sendiri. Dekat sekolah tu, 3 orang budak Melayu jea termasuk aku. Yang lagi 2 tu plak budak lelaki. Takkan aku nak kawan dengan diaorang ? Sebab aku tengok diaorang rapat 2 orang jea. Ok, maybe aku budak lagi tapi aku taulah kalau orang tu gay kea tak. Hihihi. OK aku joke jea. :p Taklaa. Bukan sebab diaorang gay kea apa, tapi diaorang asyik pergi mana-mana, berdua jea. Takkan aku tetiba nak mencelah dekat tengah-tengah diaorang ? Kan aku dah cakap, aku ni pemalu. :p

Ok apa yang Cik Diana perasan comel merepek ni ? *geleng kepala laju-laju. :p OK lepas tadika cina tu, aku masuk plak Colourful Kindergarden. Dekat sana lah sebenarnya aku mula kenal kawan aku Syaza Amanina. Tapi lepas tu dah tak rapat sangat dah sebab sekolah rendah masing-masing sekolah lain tapi rapat balik bila masuk sekolah menengah. Hihihi. So, kalau orang tanya, aku cakap jugak "aku kenal syaza seksi ni sejak sekolah tadika." HAHAHA. :p Eh, atuk dia pun kawan bapak aku tau. *bangga sekejap. :p

Lepas tadika, mestilah kita masuk sekolah rendah kan ? Sekolah rendah , aku masuk sekali dua buah tau. Eh mestilah. Satu sekolah rendah kebangsaan. Lagi satu sekolah rendah agama. Baik kan ? Ingat lagi masa 1st day nak daftar sekolah agama tu, Abah hantar jalan kaki jea. Yelah, dekat jea wey. Everyday aku pergi jalan kaki jea. Boleh kurus tau ! :p

Lepastu masuk sekolah menengah plak kan ? Okay masa Form 1 sampai Form 3 aku sekolah menengah biasa jea. Tapi lepas PMR and result PMR pun quite mengejutkan aku, aku decide nak masuk Sekolah Menengah Teknik. Mula-mula aku masuk SMT Kajang. Dalam 2minggu jea Abah sanggup nak hantar dan amik since aku tanak jugak masuk hostel. Yelah, Cik Diana yang perasan comel ni mana suka duduk hostel. :p Then aku masuk SMT Kuala Lumpur/TIKL. Dekat jea dengan rumah tapi still kena naik kereta/bas/teksi-yang-kena-tunggu-sampai-kau-kuar-janggut. Hihihi. Serious aku tak tipu. :p

Sebenarnya aku nak cerita pasal TIKL ni jea. Harharhar. Padan muka kauorang buang masa baca post aku yang panjang tanpa reason yang kukuh ni. :p OK. Walaupun dekat, masa Form 5 tahun lepas, aku duduk hostel. Sebab Mama cakap nak SPM, baik sungguhlah kalau aku duduk hostel. Takdalah aku merenyam dalam internet ni jea. :p Then, nak dijadikan cerita, aku benci hostel sebab hostel lah aku hilang boyfriend. Cehcehceh. :p Takde ah. Gurau senda jea. Hihihi. Alah macam tak biasa plak dengan gurauan Cik Diana yang perasan comel ni. :p OK berhenti merepek lah Cik Diana ! *pukul kepala.

Aku tak suka hostel sebab macam-macam perangai aku jumpa. But, takpalah. Itulah namanya manusia kan ? Rambut jea semua hitam tapi perangai lain-lain kan ? Eh, yelah ada lah rambut warna lain. :p Then rules dia ketat nak mampus kot. Nak dijadikan cerita plak, Form 5 taleh balik everyweek. Haihh memang aku asyik rindu merindu lah boyfriend aku tu. Eh, EX-BOYFRIEND lah. Alaa aku cerita ni waktu dolu-dolu. Sekarang memanglah dah jadi EX pun. Hihih. :p

Okay sekarang baru sampai point sebenar aku. Sebenarnya , aku geram betul lah. Walaupun aku dengar rules dekat TIKL tu makin ketat sampai student semua takleh nak bernafas tahun ni, tapi aku tengok diaorang balik macam setiap minggu jea. Everyweek aku tengok junior aku online. Dulu, kitaorang boleh balik sebulan sekali jea tau. Taktaulah kan kalau dia bawak laptop dekat hostel macam aku buat dulu. *Eh alamak kantoi plak. :p

Haihh nasib kauorang baik sungguh wahai adik junior ku sayang. Walaupun rules semakin ketat sampai kau maybe susah nak bernafas dengan betul, kau tetap boleh balik rumah everyweek. :p *rindu dekat kauorang ! :( Eh eh, orang cakap result UPU keluar 1May2010. EEHHH ?

Thursday, April 29, 2010

Kau rasa kau ada ciri-ciri lelaki ni tak ?

  • Pertama sekali, tinggi kau dalam lingkungan 170-180cm. Tak mahu lah lebih dari tu. Nanti aku rasa pendek sangat plak. Cukuplah kalau tinggi kau setakat 180cm jea. Lelaki tinggi buat aku rasa selamat. Jadi jangan pelik kenapa aku gilakan lelaki yang tinggi. :p
  • Then, rambut kau ada tak macam Tyson Ritter tu ? Kau kenalkan siapa Tyson Ritter ? :p
  • Lelaki yang sukakan budak kecik comelkan ? hihihi. Seriously, I love that type of guy. Sebabnya, kalau dia suka budak, bolehlah aku ada baby dengan dia. :p InsyaALLAH. :D
  • Aku suka kalau boyfriend aku tu jenis yang rapat dengan family dia. Maknanya, dia respect orang-orang tua. Taktaulah apa kena-mengenanya tapi aku fikir macam tu. Betul tak ? :D
  • Kalau boleh aku nak lelaki tu berumur antara 19-22 tahun. Aku tanak lelaki yang muda daripada aku because I'm not a cougar. Aku tasuke jugak kalau lelaki tu sebaya sebab macam tak best jea. Contoh aku 18tahun, lepas tu boyfriend aku tu pun 18tahun. Mind kitaorang mesti sama kan ? Tak bestlah macam tu. I need something different from my boyfriend. hihi :p
  • Lepastu mesti best kalau lelaki tu pandai masak. Yelah sebab aku tak pandai masak. Sebab tu lee aku nak lelaki tu pandai masak. :D
  • Aku taktahu kenapa tapi aku suka orang Kedah. HIHI. Jangan tanya kenapa. :D
  • Lepastu kan, mind dia matang. So boleh lah dia guide aku buat benda baik. Ni kalau perangai macam hanjeng, menyusahkan life aku jea. HAHAH takde ah joke jea. :p But seriously, kalau kau nak ngorat aku, sila pastikan mind kau tak macam budak-budak lelaki yang bersepah depan Pavillion tu. Tolonglah. Aku tak perlukan lelaki yang rasa dia hot/handsome. Sebab aku tareti jaga boyfriend yang handsome/hot ni. Huuuu.
  • And then, lelaki tu boleh main instrument. Tak kisah jenis apa pun, asalkan dia tauk. Sebab, kalau aku down bolehlah dia buat aku happy dengan nyanyi kan aku lagu. Kan kan kan ? :p
  • Lelaki tu tau macam mana nak pujuk aku kalau aku marah/merajuk. Sebab aku ni suka merajuk. HIHI. Alahh tak salah kan kalau nak mengada-ngada dengan boyfriend sendiri ? :p
  • Oh aku benci lelaki yang hot-tempered. Sebabnya, cukuplah aku tengok macam mana rupa lelaki hot-tempered dalam lifw aku selama ni. And cukuplah aku sorang jea yang hot-tempered dalam relationship tu. Tak kea gila if dua-dua hot-tempered ? :p
  • Then lelaki tu pandai main skateboard sebab aku nak dia ajar aku. Dah lama aku berangan nak belajar main skateboard tapi takda siapa pun nak ajar. :(
  • Lelaki tu jenis yang respect perempuan, faham perasaan perempuan, faham setiap gerak-geri aku. Ceh. HIHI. Aku sukalah lelaki macam tu. Lembut jea hati. Sejuk hati mama bila dapat menantu macam tu. :p
  • And lelaki tu mestilah soft-spoken. Aku benci lah lelaki yang cakap macam nak rock jea. Apa, kau ingat kau tu The Rock kea ? Haih tolonglah. Lelaki macam tu perasan macho jea lebih. Tapi benda yang dia cakap tu, semuanya tak masuk akal. -.-
  • Oh kalau bolehlah kan, lelaki tu mesti banyak cakap sebab aku ni jenis yang pendiam. In person, aku boleh buat kau bosan nak mampus. Tak caya meh dating dengan aku. Kita tengok siapa yang bosan. HIHIHI.
  • Seronokkan kalau baru 2nd date, dah nak offer diri nak jumpa parents ? HAAA. Aku nak bakal boyfriend aku tu nanti, macam tu. Heee. Barulah betul-betul serius. Sorrylah sebab sekarang aku tak carik relationship yang main-main. I'm only into a serious relationship. :D
  • Kalau boleh jugak, lelaki tu ada kereta, tak kedekut, tak makan duit perempuan melainkan aku yang offer, and then dia bukan jenis yang suka mintak barang. Aku penampo nanti. :p
  • Yang paling penting, lelaki tu tough ! Yihaaaa ! Erkk. Tapi bukan tough yang berketul-ketul tu. Sangat menakutkan wey.
  • OH OH, aku tasuka lelaki handsome tapi aku suka lelaki comel. Faham tak ? HAHAA :p
  • And oh, lelaki tu pun mesti tau jaga penampilan. Maksudnya, tak selekeh lah. Up to date. Sebab aku suka fashion. So lelaki tu pun mesti suka fashion. Kiranya, lelaki metroseksual lah. :p
  • Lepastu kan, lelaki tu mestilah hari-hari call aku. Sebab sekarang aku macam malas sikit nak text-text ni. HIHI. :p
  • Oh lelaki tu kan mesti suka lagu yang heavy heavy. Macam aku lah. Hihihi. The heavier, the better. :p
  • Pastikan kau tidak bernama SYAFIQ , SHAFIK, SYAFIK or watsoever Syafiq. Make sure nama kau tidak berbunyik macam tu kay. Aku allergic dengan orang yang nama macam tu. Hihihi. :p
  • Then, kau suka bergambar sebab aku suka snap gambar banyak banyak kalau dating. Mehla try dating dengan aku then tengok berapa juta gambar kita aku akan snap. Hihihi. :p



Sebenarnya ada banyak lagi ciri-ciri lelaki yang aku suka. Tapi sekarang macam malas nak fikir lagi. Nanti kalau aku dah ada tenaga nak fikir, aku update post ni okay ? :D